Monday, July 27, 2009

PAKAR SENI UKIRAN KAYU

Rosman dikenali kerana hasil tangannya yang menarik termasuk sepasang keris disimpan Ratu England KETIKA rakan seusia 18 tahun mula mengintai peluang melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi terutama ke menara gading, Rosman Talif sudah mula menapak dalam industri seni ukir. Langkahnya bermula dengan menimba ilmu asas ukiran di pusat kraftangan Temerloh, Pahang selama setahun setengah dan daripada situ bermula hidupnya sebagai tukang ukir apabila diterima bekerja di Kelantan Woods Craf pada awal 1980-an.

Pengalaman bekerja selama 10 tahun di syarikat berkenaan di bawah dua pengurusan berbeza iaitu adik beradik Abdul Rahman Long dan Latif Long banyak mengajarnya erti kedewasaan dalam dunia seni ukir. Bukan cakap-cakap kosong, tetapi hasil buatan tangannya sudah tersebar ke merata ceruk dan paling membanggakan, sepasang keris bersarung lengkap yang diukir halus pernah dianugerahkan kepada Ratu England oleh kerajaan Malaysia ketika menghadiri sidang Komanwel di Kuala Lumpur. Itu hasil kerjanya ketika masih berkhidmat dengan Kelantan Woods Craff dan kini anak kelahiran Melaka ini nekad untuk mencipta ‘jenama’ sendiri.

Cukup yakin dengan kemampuan diri berbekalkan pengalaman serta kemahiran yang dimiliki, beliau menubuhkan syarikat Seni Ukir Teras yang diusahakan di bengkel bersebelahan rumahnya di Kampung Pauh Dara, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. Kini, beliau mengusahakan seni ukir membuat sarung keris, ulu keris, parang, ukiran dinding termasuk menyediakan keris diraja dan ukiran dinding untuk istana. Keistimewaannya cukup jelas, beliau masih percaya dan berpegang kepada hasil kerja secara tradisional, menggunakan kaedah lama buatan tangan kerana baginya, buatan itu dianggap eksklusif dan khas untuk pelanggan yang menempahnya. “Ukiran halus paling susah dan mahal ialah menggunakan gading gajah. Biasanya ia khas untuk membuat ulu dan sarung keris diraja dan boleh disiapkan dalam tempoh sebulan, cukup rumit dan keras. Bukan boleh guna sembarangan pahat, memang kerap mata pahat patah,” katanya.

Menyingkap sejarah ringkas hidupnya, bapa kepada dua anak ini sebenarnya pernah bertugas sebagai pengukir ais untuk majlis khas di hotel di ibu negara. Berdasarkan kemahiran mengukir kayu, beliau dianggap layak menjalankan tugas berkenaan. Kini, pengalaman mengukir kayu dan ais itu digabungkan dalam menghasilkan ukiran halus berkualiti kerana secara asasnya walaupun kedua-duanya adalah ukiran, tetapi ia di pentas berbeza iaitu kayu dan ais. “Kedua-duanya memerlukan ketelitian dan perlu banyak bersabar kerana ukiran sebenarnya adalah luahan hati pengukir, jiwa perlu tenang ketika bekerja. Ukiran ais cukup sukar, jika tersilap teknik, ia akan pecah dan semuanya akan musnah. “Konsep sama dalam hal ukiran kayu, kena jaga teliti bahan yang terhad. Ketelitian itu akan membuahkan hasil seni cukup halus dan menarik. Ia seolah-olah sama seperti pelukis, mempunyai identiti sendiri, cuma nama pengukir tidak dicetak pada ukiran,” katanya.

Mengulas bagaimana menghasilkan seni ukir yang baik, Rosman menjelaskan ia perlu menjiwai peranan setiap ukiran dengan memberi contoh sepasang keris siap bersarung ukir umpama seseorang yang lengkap berpakaian. Baginya, bagaimana seseorang perlu kelihatan cantik melalui cara berpakaian, hiasan diri dan kekemasan, begitu jugalah sepasang keris bersarung perlu digubah dan dihias cantik kerana ia mencerminkan identiti pembuat dan pemiliknya. “Kita perlu pastikan sapir (ulu keris) perlu secocok dengan matanya, kemudian barulah timbul idea bagaimana nak memadankan dengan corak sesuai dan menepati cita rasa pelanggan. “Sapir umpama baju kepada keris, batang serunai umpama seluar dan penutup sarung di bawah umpama kasut atau tumit. Semuanya perlu dipadankan selaras dan nampak menarik, bukan sembarangan,” katanya.

Berdasarkan pengalaman dan kemahiran dimiliki, Rosman turut menerima tanggungjawab daripada beberapa agensi yang memintanya berkongsi pengalaman termasuk mengadakan kursus untuk warden penjara dan kursus intensif kayu anjuran perbadanan perkayuan Malaysia di Cheras.

Sumber: berita harian

SEMANGAT KAYU

Seni Ukir Melayu: Asal usul dan Perubahan Rupa dan Jiwa

Malay Art of Woodcarving:

Derivation and Transformation of Form and Content

“Tumbuh berpunca

Punca penuh rahsia

Tumbuh tidak menerjah lawan

Memaut tidak merebah kawan

Tetapi melengkar penuh mesra”

Ungkapan Melayu lama

Seni ukir Melayu yang tersurat indah lagi berseni masih belum cukup dimengertikan untuk menjadikannya sesuatu yang dibanggakan oleh masyarakat Melayu masa kini. Pengertian yang tersirat harus difahami seimbang dengan penghayatan tersurat bagi menikmati sepenuhnya keindahan yang dihasilkan oleh penciptanya. Bagi mereka yang kenal dan faham tentang penghasilan karya sebilah keris, akan mengakui ianya bukan sebarang senjata yang harus diperlekehkan kerana pembuatannya sungguh berseni dan tersembunyi rahsia yang sarat mengandungi makna disebaliknya. Namun, seni ukir Melayu bukan hanya indah oleh karya keris semata tetapi dilengkapkan oleh berbagai lagi karya seni pertukangan Melayu hasil kebijaksanaaan pengukir kayu yang berjiwa halus dan luhur. Kertas seminar ini bermula dengan beberapa persoalan yang cuba di kupas dan dijawab mengenai seni ukir kayu dalam mencari titik permulaan dan cuba memahami perubahan yang berlaku semoga dapat difahami matlamat dan makna penghasilannya. Karya ukiran kayu begitu banyak sekali dan ia telah melalui proses perubahan lahiriah yang begitu jelas tetapi samar kandungannya.

Apakah dia perubahan dan untuk tujuan apakah proses ini berlaku?

Analisa dan huraian terhadap persoalan yang terlibat boleh dilihat dari berbagai sudut atau pendekatan. Walaubagaimanapun dalam kertas seminar ini fokus pendekatan ialah melalui sudut kesenian visual atau tampak, yang melihat rupa, bentuk, fizikal dan luaran yang tersurat pada ukiran kayu dan membongkar makna, maksud serta erti kandungan yang tersembunyi atau tersirat disebalik karya yang berseni ini. Persoalan-persoalan yang menjadi kupasan kertas seminar ini termasuk:

Apakah dia rupa atau bentuk seni ukir kayu Melayu?

Dimanakah letaknya ukiran kayu pada karya seni pertukangan Melayu?

Apakah tujuan sebenar ukiran kayu pada orang Melayu?

Apakah kepercayaan dan pegagangan pengukir atau tukang Melayu?

Darimanakah sumber rupa atau bentuk seni ukir Melayu?

Kenapakah ukiran kayu perlu sebagai pelengkap karya seni Melayu?

Apakah, pengertian dan makna yang terkandung disebalik rupa seni ukir Melayu?

Apakah nilai-nilai yang ingin dipupuk melalui jiwa seni ukir Melayu?

Persoalan-persoalan yang dikemukakan akan menjawab beberapa tanda tanya yang berkaitan dengan kesenian ukir kayu Melayu yang perlu dijaga dan dibaja daripada mati dan luput dari ingatan bangsa. Kerunsingan dan kebimbangan ini menjadi ketara kerana arus pembangunan negara masa kini umpama lalai tentang pentingnya keseimbangan hal-hal peradaban manusia yang luaran dengan soal dalaman dan jiwa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Aspek kesenian dilihat dapat membantu kearah matlamat mengujudkan insan yang sempurna dengan etika dan moral yang tinggi.

sumber dipetik: http://semangatkayu.com/index.php?option=com_content&task=view&id=29&Itemid=33&limit=1&limitstart=0

Monday, July 20, 2009

pengalaman ku tika melalui ROS



Aku di samping guru pembimbing, iaitu tak lain dan tak bukan En. Jumaan Bin Abu Bakar. Beliau mengajar subjek Pendidikan Seni Visual dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang seni visual. Tambahan lagi beliau merupakan guru cemerlang di sek lama aku.


Pengalaman yang aku tak dapat lupakan ketika melalui ROS ini adalah berkaitan pelajar di sini. "assalamualaikum cikgu dan selamat sejahtera cikgu" ucapan yang sentiasa diucapkan pelajar ketika bertemu mereka di luar dan di dalam kelas.


Antara aktiviti yang aku sertai seperti perkhemahan bersepadu unit beruniform. Aktiviti tersebut dijalankan di padang sekolah. sebenarnya aku tak tidur sana disebabkan terdapat masalah tertentu. Tapi aku tetap seronok dengan aktiviti berkenaan. Teringat kenangan zaman sekolah dulu. Hendak buat macam mana lagi, masa tidak boleh kembali ke belakang.


Syukur, aku dapat mengawal perasaan tika membuat program itu. Perasaan bangga tetap ada, apa tidaknya muda-muda lagi sudah dapat gelaran cikgu walaupun belum habis menuntut ilmu. sungguh pun begitu, ia tidak mematahkan semangat untuk aku lebih berjaya dan skor dalam semua subjek. Amin.

Doa guru-guru dan ibu sekeluarga sentiasa mengiringi aku dalam meniti perjuangan sebagai pelajar di IPTA.


rakan-rakan ROS, kak ain, kak syikin(USM), kak aisyah dan aku ..

Monday, July 13, 2009

women in art

video

wanita

begitu menarik perhatian sehinggakan mereka dirakam dalam karya seni..menjadi karya agung dari zaman greek klasik sampai sekarang ini.

PPSMI

PENGENALAN

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.Peranan BBT dalam PPSMIPeranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi Pakej Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam menjayakan program PPSMI ini. Antaranya, Pakej Buku Teks Mathematics Year 1 merangkumi komponen Buku Teks, Buku Latihan dan Aktiviti, CD-ROM untuk murid (MyCD), CD-ROM untuk guru dan Buku Panduan Guru. Semua komponen ini diterbitkan dalam dua jilid (Part 1 dan Part 2) bertujuan mengatasi masalah beg berat.Pada tahun pertama (2003) pelaksanaan PPSMI, pakej buku teks tambahan telah dibekalkan kepada semua sekolah. Pembekalan pakej buku teks tambahan ini adalah secara one off dan di bawah pengurusan SPBT sekolah. Pakej buku teks tambahan ini boleh dipinjamkan kepada murid untuk rujukan mereka dan juga bagi tujuan guru melaksanakan P & P Matematik di dalam bilik darjah.BBT turut menguruskan penghasilan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Penghasilan buku glosari ini adalah sebahagian daripada Program Intervensi PPSMI yang dimulakan pada tahun 2005. Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk PPSMIBuku teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah secara berpakej. Penulisan pakej buku teks ini adalah berdasarkan keperluan dan hasrat yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sains dan Matematik masing-masing.Pakej Buku Teks Sains dan Matematik terdiri daripada beberapa komponen bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah. Fungsi setiap komponen secara umumnya adalah seperti berikut:
i) Buku Teks (Textbook)Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

ii) Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book)

Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

iii) Buku Panduan Guru (Teacher's Guide)

Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

iv) MyCD (Pupil's CD-ROM)

MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

v) CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM)

CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja. vi) Buku Amali Sains (Science Practical Book)Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari

Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat. Selanjutnya »Senarai Pakej Buku Teks Yang Dibekalkan oleh BBTSenarai judul Pakej Buku Teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah berserta komponennya adalah seperti pada lampiran di bawah :
Sekolah rendah
Sekolah menengah