Monday, January 11, 2010

salam tahun baru

salam tahun baru aku ucapkan kepada semua.. terlambat rasanya aku ucapkan.. dah masuk minggu ketiga kan.. di awal musim kuliah ini..aku mendapat beberapa tugasan yg perlu disiapkan.. antaranya arca, catan, seni islam dan pengajaran rekabentuk..

silat gayong aku dah bermula dan ini bermakna aku perlu kuatkan semangat sem ni sebab latihan makin susah..dan leh sakit ..huhu semoga berjaya untuk aku sem ni.,.

Monday, September 28, 2009

syawal menjelma..


Pada 20 september 2009 bersamaan 1 syawal 1430 H, secara rasminya umat islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Aku merasakan tiga hari sebelum raya, rakyat Malaysia sudah berangkat pulang ke kampung masing-masing. Begitu juga dengan aku pulang 2 hari sebelum raya. Sesak juga la kompleks sukan Bukit Jalil . dan yang pastinya, aku tak terlepas bas ke Batu Pahat.

Gambar sebelah ini merupakan gambar keluarga yang sempat diambil.





Aku sedang menyalami datuk,, sesi memohon kemaafan,,aku banyak buat salah jadi kena mohon maaf dengan semua orang sebelum terlambat. Pada masa yang sama juga, hari raya pertama merupakan hari lahir aku yang ke-21. Selamat Ulang Tahun buatku..!














Gambar keluarga ku,, ehmm,,kenapa warna jingga menjadi pilihan keluarga ku?? warna panas , jadi sempena hari yang mulia ini..semestinya warna panas akan menambahkan lagi semangat raya aku,,hehe















sedondon warna tema raya tahun ini..aku di samping adik siti sarah dan adik lelaki, muhamad azizan...sebenarnya aku suka tengok gambar ini..nampak fotogenik kan..hehe

Saturday, September 5, 2009

LUKISAN 'HIDUP'






Aku telah membaca sebuah artikal di harian metro online pada 5/09/2009 dalam ruangan variasi. Sebuah artikel yang diberi tajuk "Lukisan 'Hidup' ". Sememangnya Lukisan tersebut telah menarik perhatian umum di London baru-baru ini. Lukisan tersebut dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi(3D). Penonton yang melihatnya seakan tidak percaya dan merasakan subjek dalam lukisan tersebut adalah yang sebenar.










Ini semua adalah angkara Kurt Wenner - pelukis jalanan yang mengeksploitasi seni catan tiga dimensi (3D). Nama Wenner bukanlah aneh sebagai pelukis bertaraf dunia yang berjaya menghasilkan lukisan realistik. Melalui kepakarannya mengeksploitasi sudut perspektif orang ramai dan teknik 3D, imej yang dilakarnya memang sering memukau audiens. Jika dilihat dari satu sisi, tiada yang istimewa pada buah tangan Wenner, tetapi dengan kedudukan tepat, lakaran itu tidak ubah seperti kejadian sebenar.



Selain daripada karya Wenner, pelukis kelahiran Ann Arbor di Michigan itu adalah dewa purba berenang dalam kolam di tepi jalan di Lucernes, Switzerland, selain sejumlah aksi lain di Bettona, Itali.



SERBA SEDIKIT TENTANG WENNER


Wenner mula melukis pada 1982 di Rome, Itali.Katanya, dia mendapat ilham daripada ukiran purba zaman pembaharuan Yunani.



Dia menggunakan teknik anamorphism - sejenis kaedah yang biasanya digunakan pelukis bagi menunjukkan perbezaan ketinggian dalam karya mereka.Bagi Wenner, kaedah itu dimanipulasi bagi mencipta ilusi terhadap kedalaman sesuatu imej di permukaan rata.Sebelum ini, Wenner pernah bertugas di Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan bertanggungjawab mereka ilustrasi untuk projek akan datang badan itu.







Perlahan-lahan, dia mempelbagaikan lukisan dengan memanipulasi sudut pandangan.Antara hasil terpenting Wenner adalah lukisan untuk memperingati lawatan Pope John Paul II ke bandar raya Mantua, Itali.Selama 27 tahun, Wenner mengembara ke seluruh dunia hasil kepakarannya menghasilkan lukisan 3D itu. Setakat ini lukisan Wenner mendapat tempat di 30 negara.










Friday, September 4, 2009

Kenangan Ketika ke Pusat Kraf Negara sem 2

Aku ke Pusat Kraf ditemani rakan, di sana aku membuat kajian tentang rupa dan bentuk tembikar. Aku merekod segala jenis tembikar di sana. Kebetulan pula ketika itu sedang berlangsungnya Hari Kraf peringkat kebangsaan. Rasa bertuah pun ada. Aku hanya sempat melawat bahagian tembikar sahaja. Aku ada juga menemu ramah pengusaha seramik dan tembikar. Mereka mempunyai keuntungan yang sangat lumayan dengan mengadakan pakej cenderahati untuk bakal pengantin. Itu la fungsi seramik, sebagai cenderamata perkahwinan.


































Pengalaman ini memang tidak dapat aku lupakan. cantik-cantik belaka semua tembikar yang siap disapu glaze. Seperti nak ambil semua. Tapi nak buat macam mana, aku tak mampu. Mungkin akan datang aku dapat milikinya juga..aku sudah tahu kemahiran membuat tembikar tradisional sem 2. InsyaAllah ada rezeki jadi usahawan la pula. Banyak tembikar aku sempat rekodkan dalam kamera ni, tapi sayang aku tak dapat nak print semua dan letakkan dalam Folio tembikar aku. Tak ada rezeki aku.


















































































































Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-52

Aku bangga menjadi anak Malaysia. Malaysia bumi bertuah..alhamdulillah mudah-mudahan kemerdekaan itu berkekalan hingga generasi yang seterusnya. Amin.


Animated Malaysia Flag

Monday, July 27, 2009

PAKAR SENI UKIRAN KAYU

Rosman dikenali kerana hasil tangannya yang menarik termasuk sepasang keris disimpan Ratu England KETIKA rakan seusia 18 tahun mula mengintai peluang melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi terutama ke menara gading, Rosman Talif sudah mula menapak dalam industri seni ukir. Langkahnya bermula dengan menimba ilmu asas ukiran di pusat kraftangan Temerloh, Pahang selama setahun setengah dan daripada situ bermula hidupnya sebagai tukang ukir apabila diterima bekerja di Kelantan Woods Craf pada awal 1980-an.

Pengalaman bekerja selama 10 tahun di syarikat berkenaan di bawah dua pengurusan berbeza iaitu adik beradik Abdul Rahman Long dan Latif Long banyak mengajarnya erti kedewasaan dalam dunia seni ukir. Bukan cakap-cakap kosong, tetapi hasil buatan tangannya sudah tersebar ke merata ceruk dan paling membanggakan, sepasang keris bersarung lengkap yang diukir halus pernah dianugerahkan kepada Ratu England oleh kerajaan Malaysia ketika menghadiri sidang Komanwel di Kuala Lumpur. Itu hasil kerjanya ketika masih berkhidmat dengan Kelantan Woods Craff dan kini anak kelahiran Melaka ini nekad untuk mencipta ‘jenama’ sendiri.

Cukup yakin dengan kemampuan diri berbekalkan pengalaman serta kemahiran yang dimiliki, beliau menubuhkan syarikat Seni Ukir Teras yang diusahakan di bengkel bersebelahan rumahnya di Kampung Pauh Dara, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. Kini, beliau mengusahakan seni ukir membuat sarung keris, ulu keris, parang, ukiran dinding termasuk menyediakan keris diraja dan ukiran dinding untuk istana. Keistimewaannya cukup jelas, beliau masih percaya dan berpegang kepada hasil kerja secara tradisional, menggunakan kaedah lama buatan tangan kerana baginya, buatan itu dianggap eksklusif dan khas untuk pelanggan yang menempahnya. “Ukiran halus paling susah dan mahal ialah menggunakan gading gajah. Biasanya ia khas untuk membuat ulu dan sarung keris diraja dan boleh disiapkan dalam tempoh sebulan, cukup rumit dan keras. Bukan boleh guna sembarangan pahat, memang kerap mata pahat patah,” katanya.

Menyingkap sejarah ringkas hidupnya, bapa kepada dua anak ini sebenarnya pernah bertugas sebagai pengukir ais untuk majlis khas di hotel di ibu negara. Berdasarkan kemahiran mengukir kayu, beliau dianggap layak menjalankan tugas berkenaan. Kini, pengalaman mengukir kayu dan ais itu digabungkan dalam menghasilkan ukiran halus berkualiti kerana secara asasnya walaupun kedua-duanya adalah ukiran, tetapi ia di pentas berbeza iaitu kayu dan ais. “Kedua-duanya memerlukan ketelitian dan perlu banyak bersabar kerana ukiran sebenarnya adalah luahan hati pengukir, jiwa perlu tenang ketika bekerja. Ukiran ais cukup sukar, jika tersilap teknik, ia akan pecah dan semuanya akan musnah. “Konsep sama dalam hal ukiran kayu, kena jaga teliti bahan yang terhad. Ketelitian itu akan membuahkan hasil seni cukup halus dan menarik. Ia seolah-olah sama seperti pelukis, mempunyai identiti sendiri, cuma nama pengukir tidak dicetak pada ukiran,” katanya.

Mengulas bagaimana menghasilkan seni ukir yang baik, Rosman menjelaskan ia perlu menjiwai peranan setiap ukiran dengan memberi contoh sepasang keris siap bersarung ukir umpama seseorang yang lengkap berpakaian. Baginya, bagaimana seseorang perlu kelihatan cantik melalui cara berpakaian, hiasan diri dan kekemasan, begitu jugalah sepasang keris bersarung perlu digubah dan dihias cantik kerana ia mencerminkan identiti pembuat dan pemiliknya. “Kita perlu pastikan sapir (ulu keris) perlu secocok dengan matanya, kemudian barulah timbul idea bagaimana nak memadankan dengan corak sesuai dan menepati cita rasa pelanggan. “Sapir umpama baju kepada keris, batang serunai umpama seluar dan penutup sarung di bawah umpama kasut atau tumit. Semuanya perlu dipadankan selaras dan nampak menarik, bukan sembarangan,” katanya.

Berdasarkan pengalaman dan kemahiran dimiliki, Rosman turut menerima tanggungjawab daripada beberapa agensi yang memintanya berkongsi pengalaman termasuk mengadakan kursus untuk warden penjara dan kursus intensif kayu anjuran perbadanan perkayuan Malaysia di Cheras.

Sumber: berita harian

SEMANGAT KAYU

Seni Ukir Melayu: Asal usul dan Perubahan Rupa dan Jiwa

Malay Art of Woodcarving:

Derivation and Transformation of Form and Content

“Tumbuh berpunca

Punca penuh rahsia

Tumbuh tidak menerjah lawan

Memaut tidak merebah kawan

Tetapi melengkar penuh mesra”

Ungkapan Melayu lama

Seni ukir Melayu yang tersurat indah lagi berseni masih belum cukup dimengertikan untuk menjadikannya sesuatu yang dibanggakan oleh masyarakat Melayu masa kini. Pengertian yang tersirat harus difahami seimbang dengan penghayatan tersurat bagi menikmati sepenuhnya keindahan yang dihasilkan oleh penciptanya. Bagi mereka yang kenal dan faham tentang penghasilan karya sebilah keris, akan mengakui ianya bukan sebarang senjata yang harus diperlekehkan kerana pembuatannya sungguh berseni dan tersembunyi rahsia yang sarat mengandungi makna disebaliknya. Namun, seni ukir Melayu bukan hanya indah oleh karya keris semata tetapi dilengkapkan oleh berbagai lagi karya seni pertukangan Melayu hasil kebijaksanaaan pengukir kayu yang berjiwa halus dan luhur. Kertas seminar ini bermula dengan beberapa persoalan yang cuba di kupas dan dijawab mengenai seni ukir kayu dalam mencari titik permulaan dan cuba memahami perubahan yang berlaku semoga dapat difahami matlamat dan makna penghasilannya. Karya ukiran kayu begitu banyak sekali dan ia telah melalui proses perubahan lahiriah yang begitu jelas tetapi samar kandungannya.

Apakah dia perubahan dan untuk tujuan apakah proses ini berlaku?

Analisa dan huraian terhadap persoalan yang terlibat boleh dilihat dari berbagai sudut atau pendekatan. Walaubagaimanapun dalam kertas seminar ini fokus pendekatan ialah melalui sudut kesenian visual atau tampak, yang melihat rupa, bentuk, fizikal dan luaran yang tersurat pada ukiran kayu dan membongkar makna, maksud serta erti kandungan yang tersembunyi atau tersirat disebalik karya yang berseni ini. Persoalan-persoalan yang menjadi kupasan kertas seminar ini termasuk:

Apakah dia rupa atau bentuk seni ukir kayu Melayu?

Dimanakah letaknya ukiran kayu pada karya seni pertukangan Melayu?

Apakah tujuan sebenar ukiran kayu pada orang Melayu?

Apakah kepercayaan dan pegagangan pengukir atau tukang Melayu?

Darimanakah sumber rupa atau bentuk seni ukir Melayu?

Kenapakah ukiran kayu perlu sebagai pelengkap karya seni Melayu?

Apakah, pengertian dan makna yang terkandung disebalik rupa seni ukir Melayu?

Apakah nilai-nilai yang ingin dipupuk melalui jiwa seni ukir Melayu?

Persoalan-persoalan yang dikemukakan akan menjawab beberapa tanda tanya yang berkaitan dengan kesenian ukir kayu Melayu yang perlu dijaga dan dibaja daripada mati dan luput dari ingatan bangsa. Kerunsingan dan kebimbangan ini menjadi ketara kerana arus pembangunan negara masa kini umpama lalai tentang pentingnya keseimbangan hal-hal peradaban manusia yang luaran dengan soal dalaman dan jiwa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Aspek kesenian dilihat dapat membantu kearah matlamat mengujudkan insan yang sempurna dengan etika dan moral yang tinggi.

sumber dipetik: http://semangatkayu.com/index.php?option=com_content&task=view&id=29&Itemid=33&limit=1&limitstart=0